send link to app

Perisai Muslim versi iPad app for iPhone and iPad


4.6 ( 5376 ratings )
Reference Education
Developer: Salmah Media
Free
Current version: 1.0, last update: 7 years ago
First release : 13 Feb 2014
App size: 16.33 Mb

Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Quran: Surah ali-Imran ayat 31)

Tiada yang lebih agung dan sempurna daripada mengikuti apa yang diajar oleh baginda Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam. Dalam aplikasi Perisai Muslim ini, ia memuatkan himpunan doa dan zikir daripada al-Quran dan as-Sunnah. Kandungannya diambil daripada hadis-hadis yang sahih, hasan atau mempunyai sanad yang baik yang boleh beramal dengannya berdasarkan hukum yang diputuskan oleh ulama hadis.

Aplikasi ini diadaptasi daripada kitab arab yang terkenal iaitu ‘Hisnul Muslim’ karangan Sheikh Dr. Said bin Ali Wahf al-Qahtani. Terjemahan ke dalam Bahasa Melayu dibuat oleh Dr. Abdul Basit Abdul Rahman atau Abu Anas Madani (www.abuanasmadani.com).